Make your own free website on Tripod.com

ENTREPRENEURS DEVELOPMENT INSTITUTE

Pengenalan
Garis Panduan
Borang Wholesale Distributor Centre

Pengenalan Skim Wholesaler Distribution Centre
 
One Stop Centre/Wholesale Distribution Centre untuk protege.

Peluang protege menjadi Wholesale Distribution Centre negeri dan daerah.

Oleh kerana ramai protege memohon supaya mereka dapat membeli barang di negeri/daerah mereka sendiri, E.D.I. telah mengambil keputusan untuk "privatised" semua wholesale One-Stop/Stokis/Wholesale Distribution Centre kepada protege-protege di seluruh negeri.Dengan ini, semua protege mudah mendapat barang dan tidak perlu memesan barangan daripada one stop center di Kuala Lumpur (Gombak).

Dengan sistem ini, struktur harga jualan juga akan diubah supaya dapat menampung kos Wholesale Distribution Centre di seluruh negara. 

Protege yang berminat boleh memohon untuk membuka Wholesale Distribution Centre di negeri/daerah masing-masing. Keuntungan untuk protege adalah diantara 20-60% seperti yang disenaraikan.

Setelah sistem ini beroperasi, E.D.I. akan menumpukan perhatian kepada membangun dan mempelbagai produk termasuk barangan kulit, kasut, pakaian, busana muslimah, makanan harian, barangan kegunaan rumah dan ratusan lagi barang. E.D.I. akan mencetakan buku katalog untuk diedarkan kepada semua sahabat dan protege.

Setelah sistem ini dilaksanakan semua protege harus membeli barangan di Wholesale Distribution Centre tempat/daerah masing-masing. E.D.I. tidak akan menjual barangan secara terus kepada protege dan hanya akan menjadi pembekal kepada Wholesale Distribution Centre sahaja.

Program Wholesale Distribution Centre ini adalah peluang keemasan yang perlu direbut oleh protege. Ianya terbuka kepada semua protege E.D.I. Keputusan/pemilihan E.D.I. untuk Wholesale Distribution Centre bergantung kepada:

  • Tahap pembelian anda

  • Kemampuan untuk menjalankan pusat Wholesale Distribution Centre dengan baik dan teratur

  • Latihan akan diberikan kepada semua Wholesale Distribution Centre secara berterusan untuk mengembangkan perniagaan.

Pembukaan Wholesale Distribution Centre ini adalah terhad dan kadar pembukaan Wholesale Distribution Centre di negeri/stokis bergantung kepada bilangan sahabat yang aktif.

Entrepreneurs Development Institute